24 November 2020

TIPS BUAT MEREKA YANG BARU MEMULAKAN AKTIVITI BERJOGGING

 

Buat anda yang baru bermula dalam aktiviti berjogging ini saya ucapkan Tahniah!! kerana anda telah membuat keputusan yang betul.

Memulakan aktiviti berjogging ini memang la satu perkara yang sangat mencabar dari segi mental dan stamina anda, ini kerana ianya memerlukan disiplin yang sangat tinggi untuk mendapatkan hasil. Tidak heranlah jika di luar sana ramai yang gagal atau berhenti beraktiviti hanya sekerat jalan sahaja.

Kebiasaanya masalah utama yang selalu dihadapi adalah isu ketiadaan masa untuk berjogging, ya betul itulah sebab utama lebih-lebih lagi yang bekerja terutama di bandar.

Isu ini jugalah yang menjadi halangan saya satu masa dahulu, namun jika difikiran sampai bila perlu tunggu sehingga betul-betul ada masa yang terluang?. Dalam mengurus aktiviti seperti ini rasanya kita perlu ada sikap "Mencuri" masa, ambil masa 30 minit sehari untuk melakukan aktivti berjogging.

Bagi anda yang tinggal di kawasan perumahan atau taman-taman gunakanlah kawasan laluan dan lorong-lorong tersebut untuk aktiviti larian anda, bagi saya ianya sudah cukup untuk membakar kalori yang ada di dalam badan anda.

Berapa jarak larian untuk permulaan?

Buat anda yang baru memulakan larian seperti biasa jangan lupa buatlah rengangan badan dan otot, jika ianya sudah siap dilakukan mulakan larian secara santai dan perlahan-lahan. Buatlah larian sehingga tahap mana yang anda mampu dan sebaiknya cuba capai target di bawah 1KM.

Untuk permulaan ini anda hanya perlu latih diri untuk mengawal pernafasan dan rasa penat, berhentilah berlari dan berjalan secara cepat jika penat dan berlari semula jika kadar pernafasan anda sudah kembali normal.

Bagaimana mengukur jarak larian?

Seperti anda sedia maklum di zaman moden ini sudah banyak Gajet Fitness berada di pasaran dengan harga mampu milik serendah RM50, namun itu bukanlah satu perkara wajip yang perlu anda beli. Sebenarnya menggunakan telefon pintar anda juga sudah memadahi apa anda perlu buat hanyalah memasang aplikasi sebagai contoh Aplikasi STRAVA, anda hanya perlu membeli tas penyimpan telefon untuk di bawa bersama ketika berjogging.

Bilakah waktu yang sesuai untuk berjogging?

Kebiasaanya waktu yang sangat baik adalah ketika suasana tidak terlalu panas dari matahai, sebab itulah ramai orang berjogging pada awal pagi, waktu petang dan ada juga pada waktu malam. Namun ianya terpulang kepada anda sebab ada di antara kita mungkin waktu-waktu tersebut sahaja ada masa yang terluang.


Untuk permulaan ini apa yang penting anda biasakan dengan mengawal stamina, ini kerana ianya sangat penting untuk mengawal perasaan rasa penat dan sebagainya. Buatlah larian secara santai jangan utamakan PACE larian dahulu (Pace adalah jumlah masa yang diperlukan untuk larian setiap 1km).Jika anda berjaya untuk mencapai 1KM untuk larian pertama Syabas!! saya ucapkan, teruskan latihan sekurang-kurangya 3 kali seminggu bergantung pada kemapuan anda.

 Ikuti banyak lagi tips-tips buat anda yang baru memulakan aktiviti berjogging, semoga dengan perkongsian ini anda lebih bersemangat untuk memulakan Gaya Hidup Sihat.




No comments: