Sejak laluan Kimanis di buka kepada umum, cerita mengenai kawasan Graviti atau pun tarikan Magnet terus popular di kalangan masyarakat setempat dan juga dari kalangan orang luar. Pelbagai reaksi yang dapat diihat hasil pengalaman mereka yang datang berkunjung ke sana, serta ada yang membuat video untuk dijadikan kenangan. Kisah ini bermula di mana pada waktu itu seorang pemandu yang ingin berehat untuk membuang air kecil, dan beliau memberhentikan keretanya di kawasan tersebut. Mahu dijadikan cerita brake tangan (Hand Brake) kereta beliau tidak berfungsi dengan baik, dan akhinya beliau menyimpan batu pada roda bagi menghalang kereta terundur ke belakang. Tetapi apa yang terjadi kereta tersebut bergerak naik ke atas, dan akhirnya beliau membatalkan niat untuk membuang air kecil lalu bergegas untuk meneruskan perjalan. Sejak kejadian cerita tersebut terus popular di kalangan masyarakat setempat.
Saya sempat membuat sedikit analisa menggunakan GPS yang ada pada Gopro Hero 8, dan hasilnya memang sangat luar jangka dari pada cerita-cerita sebelum ini. Mari ikuti video yang saya buat ini.
No comments:
Post a Comment