11 November 2020

SUKA DUKA MENURUNKAN BERAT BADAN - BHG 2

 

TIADA YANG MUSTAHIL !!
Inilah ayat yang mula saya simpan sebagai pembakar semangat apabila sebelum ini saya melihat kejayaan orang lain untuk menurunkan berat badan.

Bermula pada tahun 2011 saya bertekad untuk menurunkan berat badan yang pada ketika itu berat saya sudah telah pun mencapai lebih kurang 96-98 kilogram, bermula pada saat itu saya mula mengawal pemakanan dalam erit kata lain mengurangkan kuantiti pengambilan makanan.

ARTIKEL BAHAGIAN 1 SILA LIHAT DISINI 


Apakah kesan jangka panjang pada lutut saya?
Memandangkan kecederaan tersebut memerlukan banyak berehat (atas nasihat doktor) saya terpaksa melupakan tentang sukan badminton, lebih-lebih lagi saranan doktor untuk mencari sukan baru. 
Antara sukan yang di cadangkan adalah berbasikal dan berjogging ini, kerana menurut doktor ia merupakan terapi untuk membantu mengembalikan lutut dari cedera. 
Tapi sebelum itu saya perlu berehat dari semua sukan sebelum boleh memulakan aktiviti seperti dulu. 

Berapa berat badan selepas lama berehat?
Selepas lebih kurang 2 bulan berehat berat saya agak naik sedikit dalam sekitar 82 kilogram, kenapa hanya berlaku sedikit pertambahan sahaja ini kerana dalam masa berehat tanpa melakukan aktiviti bersukan saya mengawal cara pemakanan disamping hanya melakukan aktiviti biasa seharian.

Apakah sukan yang pilih selepas nasihat doktor?
Memandangkan pada waktu itu saya tidak memiliki basikal, akhirnya saya memilih untuk melakukan senaman berjogging, bermula dengan jarak dalam sekitar 1KM saya teruskan aktiviti tersebut untuk 2 kali seminggu selepas berehat selama hampir 2 bulan. 
Saya mula berjogging secara serius selepas itu boleh dikatakan 3-4 kali seminggu saya akan membuat larian sejauh 6-10 KM untuk satu sesi larian, dalam masa 3 bulan saja saya berjaya menurungkan berat badan kepada 77 kilogram. Memandangkan teruja dengan hasil tersebut misi saya teruskan seperti biasa untuk membuat larian pada jarak yang di inginkan. 

Berapakah berat badan paling rendah pernah dicapai?
Saya pernah mencapai berat badan sekitar 72 kilogaram pada waktu itu, ini kerana boleh di katakan dalam seminggu saya akan membuat larian 3-4 kali pada jarak 6-10 KM untuk satu sesi larian. 

Akibat terlalu mengejar secara agresif jarak larian akhirnya lutut saya kembali sakit kesan selepas kecederaan sebelum ini. Ianya banyak membawa masalah kepada saya selepas itu untuk melakukan aktiviti seharian termasuklah menaiki tangga, solat dan banyak lagi.

Hampir beberapa bulan menahan sakit setiap kali melakukan aktiviti larian, akhirnya isteri saya yang kebetulan pada waktu itu bekerja di bahagian wad yang mempunyai kaitan dengan kecederaan saya membuat temujanji untuk berjumpa dengan doktor yang sama mula-mula ke sana. 
Setelah pemeriksaan dibuat berdasarkan keputusan MRI Scan dahulu doktor mencadangkan saya perlu menjalani Rawatan Suntikan PRP (Platelet Rich Plasma) pada lutut kiri dan kanan ini kerana lutut kanan juga mula terasa sakit.
Apa itu PRP kamu boleh Google untuk info lanjut.

Akhirnya suntikan PRP dilakukan ke atas saya dan setelah siap dilakukan, doktor menyarankan saya perlu berehat supaya proses penyembuhan pada lutut tidak terganggu.



Apa yang terjadi selepas suntikan PRP (Platelet Rich Plasma)? 
2 minggu selepas rawatan tersebut memang banyak perubahan pada lutut saya umpama seperti kereta di tukar "Spring" baru, sakit di lutut pun sudah terasa hilang.
Saya berehat dari melakukan aktiviti larian selama 2 bulan, dalam jangka masa itu berat badan juga agak naik dalam sekitar 76 kilogram.

Saya memulakan aktiviti larian secara sederhana selepas sahaja sembuh dari masalah tersebut, jarak larian pun saya kurangkan dalam sekitar 4-6 KM sahaja.
Apa yang penting bagi saya sekarang adalah aktiviti bersenam itu perlu dilakukan walaupun dalam masa 30 minit setiap sesi, saya juga melakukan larian 3 kali seminggu bergantung kepada keadaan cuaca.

Kenapa berat badan saya kini sekitar 75 KG?
Tiada apa yang kekal begitu juga dengan masalah yang berlaku pada lutut saya, walapun saya sudah menjalani suntikan PRP namun ianya kembali sakit jika banyak melakukan aktiviti larian. Saya pernah membuat urusan untuk membuat suntikan GEL Hyaluronic Acid yang di uruskan oleh doktor yang sama semasa saya menjalani suntikan PRP, namun atas dasar kekangan masa dan jarak yang jauh ke hospital akhirnya saya memutuskan untuk tidak melakukan suntikan tersebut.

Pernah satu ketika saya berhenti untuk melakukan aktivti larian dalam jangka masa yang agak lama, disebabkan itulah berat badan boleh menjadi sedikit naik. 

Adakah saya masih aktif melakukan aktiviti berjogging?
Ya sehingga kini saya masih lagi aktif melakukan larian, namun ianya pada jarak  kurang dari 6 KM, apa yang penting bagi saya sekarang ialah bukan jarak larian semata-mata tetapi adalah aktiviti bersenam itu sendiri walapun hanya 30 minit ianya sudah mencukupi buat anda untuk membakar kalori.

Apakah misi seterusnya?
Jika kesihatan mengizikan sudah pastinya saya ingin mencapai semula berat badan yang pernah saya perolehi satu masa dulu, sekitar 72 kilogram atau kurang dari itu.

Buat anda yang sedang atau berhajat untuk mengurangkan berat badan, anda sebenarnya masih belum terlambat untuk melakukan ini. Apa yang penting ialah disiplinkan diri untuk melawan sifat malas bersenam tersebut, mulakan dengan berjalan secara cepat insya-Allah semangat itu pasti akan timbul dengan sendirinya.

Semoga dengan sedikit perkongsian saya ini anda dapat manfaatkan untuk memulakan hari baru dengan amalan gaya hidup sihat.
Apa yang penting kita haruslah berusaha untuk mencapai sesuatu kejayaan
" TIADA YANG MUSTAHIL"

Sekian

Rudy@MRZVlogs 












No comments: