10 November 2020

SUKA DUKA MENURUNKAN BERAT BADAN - BHG 1

 

TIADA YANG MUSTAHIL!! Inilah ayat yang mula saya simpan sebagai pembakar semangat apabila sebelum ini saya melihat kejayaan orang lain untuk menurunkan berat badan.

Bermula pada tahun 2011 saya bertekad untuk menurunkan berat badan yang pada ketika itu berat saya sudah telah pun mencapai lebih kurang 96-98 kilogram, bermula pada saat itu saya mula mengawal pemakanan dalam erti kata lain mengurangkan kuantiti pengambilan makanan.

Jika sebelum itu kuantiti pengambilan makanan saya terutama nasi selalunya mesti bertambah 2 pinggan setiap kali makan dan setiap sepinggan itu mempunyai kuantiti yang agak banyak ( orang cakap membukit Busku ), saya terpaksa hadkan satu pinggan dalam kuantiti yang agak sedikit demi cita-cita untuk kurangkan berat badan tercapai.

Ok sebelum itu saya ceritakan secara ringkas bagaimana gaya pengambilan pemakanan saya sebelum ini, kalau sebelum ini pada kebiasaanya selain selepas waktu makan malam saya juga selalu mengambil makanan tambahan seperti mee segera yang di makan pada tengah malam tidak cukup sebungkus tetapi dua bungkus untuk saya seorang sahaja. 

Begitulah aktiviti saya setiap kali selepas makan malam. Pada kebiasaan di hujung minggu lain pula ceritanya aktiviti BBQ selalunya merupakan perkara yang wajip dibuat oleh saya serta rakan-rakan lain, antara menu wajip yang selalu dimasak adalah Bontot Ayam dan lain-lain lagi makanan yang berlemak. Pada saya semua menu tersebut tidak salah untuk di makan oleh sesiapa sahaja jangan pula selepas ini anda tidak mahu mengambilnya, akan tetapi ini semuanya berpunca daripada sikap saya sendiri pada waktu itu yang mana langsung tidak mengamalkan gaya hidup sihat seperti membuat aktiviti bersenam. 

Itu baru bab makanan bagaimana pula dengan pengambilan minuman manis?. Minuman manis berkarbonat merupakan antara kegemaran saya pada waktu itu, tidak sah jika di peti sejuk tidak tersimpan beberapa botol air berkarbonat paling kurang pun beberapa tin. Selalunya minuman ini saya layan bersama kacang sambil menonton siaran kegemaran.

Itulah secara ringkasnya kisah saya ketika mempunyai berat badan sekitar 96-98 kilogram. Berbalik kepada tekad saya untuk memulakan gaya hidup sihat dan bercita-cita untuk menurukan berat badan yang mana pada ketika itu saiz pinggang saya berukuran 38-39CM dan baju bersaiz bersaiz XL.

Ketika saya berhajat untuk memulakan azam ini, isteri sayalah orang pertama yang memberikan sokongan penuh serta membantu saya untuk memulakan program diet tersebut. 

Apa yang isteri saya lakukan? 
dialah yang mengawal cara pemakanan saya pada ketika itu, tiada lagi nasi tambahan, tiada lagi minuman manis, aktivti BBQ di kurangkan. Jujur saya katakan pada ketika itu mengawal nafsu makan adalah perkara yang paling sangat susah untuk di patuhi. 

Adakah program diet saya berjaya? 
Tidak ini kerana mengawal nafsu makan merupakan antara perkara yang saya sangat susah untuk ikuti, program ini hanya mampu berjalan dalam beberapa minggu saja dan selepas itu hancur. Sikap saya kembali seperti dulu tetapi dalam masa yang sama saya masih bertekad untuk mencapai cita-cita tersebut.

Apakah misi saya seterusnya? 
Setelah program diet saya tidak berjalan seperti yang telah dirancang saya mengambil keputusan untuk aktif semula dalam sukan Badminton yang mana sebelum ini ia merupakan aktivti sukan yang saya gemari ketika di zaman sekolah rendah, sekolah menengah tetapi terhenti apabila sudah mula bekerja. Memandangkan di tempat kerja saya di sebuah sekolah di Kota Kinabalu mempunyai dewan yang di lengkapi dengan gelanggang badminton,  ianya merupakan satu kelebihan untuk saya kembali aktif bersama-sama rakan lain. Saya mula kembali aktif bermain badminton secara serius dan boleh dikatakan dalam seminggu 2 hingga 3 kali saya turun bermain.

Adakah berat badan saya turun? 
Ya selepas sebulan memulakan aktiviti bersukan, ianya menampakan hasil yang baik walapun tidak banyak namun ianya memberikan saya semangat baru untuk meneruskan usaha tersebut.
Memandangkan badminton sukan kegemaran saya pada waktu itu saya teruskan bermain bersama rakan-rakan lain, hasilnya memang amat ketara untuk saya agak banyak juga berat badan yang hilang pada waktu itu. 

Bagaimana dengan nafsu makan? 
Rupanya apabila seseorang mula aktif bersukan secara tidak langsung nafsu makan boleh dikawal, pengambilan kadar makanan pun agak mula berkurang dalam erti kata lain cepat kenyang. Pada pendapat saya ianya mungkin berpunca banyak lemak-lemak dibakar didalam badan dan secara tidak langsung mengecilkan otot-otot di dalam perut. 

Berapa lama menampakan hasil? 
Lebih kurang selepas 6 bulan saya aktif dalam sukan badminton ianya menampakan hasil yang agak lumayan buat saya, badan terasa ringan dan pada waktu itu lebih kurang 7 kilogram berjaya saya kurangkan.

Sukan badminton saya teruskan kerana bagi saya itu saja cara untuk saya bersenam serta mengawal berat badan. Sedar tak sedar rasanya genap setahun saya aktif dalam sukan badminton apa yang pasti berat badan saya juga menurun sehingga sekitar 80 kilogram, apa yang saya perasan banyak pakaian terutama seluar tidak sesuai di pakai kerana saiz pinggangnya agak besar.

Apa yang terjadi kepada lutut saya?
Ketika asyik bermain badminton ke belakang ke hadapan menyambut bola tangkis akhirnya lutut saya kecundang di hadapan net badminton, boleh dikatakan seperti terpulas semasa mengambil bola tangkis dan akhirnya saya terpaksa berhenti untuk bermain buat sementara waktu.

Kenapa doktor nasihatkan saya tukar sukan?
Selepas kejadian tersebut lutut saya mengalami sakit ketika bergerak terutama ketika menaiki tangga, dan akhirnya terpaksa membuat pemeriksaan doktor di klinik sukan di hospital Kota Kinabalu. Setelah pemeriksaan dibuat akhirnya saya di arahkan untuk membuat MRI Scan pada bahagian lutut yang sakti tersebut, 
alhamdulillah hasil ujian tersebut tidak menunjukan terdapat apa-apa yang tercedera pada otot-otot lutut saya. Atas nasihat doktor beliau mencadangkan agar saya perlu berehat buat sementara waktu, dan mencadangkan agar menukar sukan lain untuk aktiviti di masa akan datang seperti berbasikal dan berjogging. Ini kerana menurut beliau sukan badminton merupakan antara sukan yang agak agresif selepas bola sepak, dan ramai pesakit yang datang ke klinik sukan tersebut semuanya mempunyai sejarah dari sukan tersebut. 
Doktor itu ada juga memberi tahu saya patut bersyukur kerana tiada kecederaan pada otot lutut jika tidak Pembedahan Artroskopi perlu di lakukan.

Apakah kesan jangka panjang lutut saya?


IKUTI KISAH SUKA DUKA MENURUNKAN BERAT BADAN BHG 2


4 comments:

Arip said...

Terbaik lah bang 💪

Encik Mus said...

Terbaik bro.. ini bukan untuk bro saja. Tapi utk anak-anak isteri dan keluarga.. kita sihat keluarga gembira.. keep it up

MRZ Vlogs said...

TQ busku

Mohd syahnizam said...

Terbaik sahabat..