20 March 2022

VLOG | MAGICAL GARDEN RANAU

Satu lagi lokasi terbaru untuk dikunjungi di daerah Ranau iaitu Magical Garden, lokasi ini terletak di dalam satu tempat di Arnab Village.Banyak tempat menarik anda boleh lawati antarnya Kebun Anggur Borneo, selain itu bagi peminat Arnab jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri secara lebih dekat.



16 March 2022

TIPS AUTO | JUMLAH KOS YANG PERLU DI BAYAR JIKA INI BERLAKU

Video pada kali ini saya kongsikan kos perbelanjaan yang anda perlu bayar jika perkara ini berlaku, di dalam video ini saya akan terangkan apakah part yang di tukar serta berapakah kos part tersebut. Bagi enjin diesel Standart atau tanpa ubahsuai seperti (REMAP), adalah menjadi perkara yang tidak normal sekiranya enjin tersebut menghasilkan asap hitam yang berbau minyak Diesel. 

Dapatkan Diesel Injector Cleaner Caltex Techron disini: https://shp.ee/6q6cqkp

WHISTLING TEST COVID ini sangat mudah digunakan untuk kanak-kanak, Dapatkan produk ini disini sekarang: 



13 March 2022

REVIEW | RACUN BUAT PEMINAT OLD SKOOL | TOYOTA KE30

Video kali ini saya bawakan untuk peminat OLD SKOOL CAR dari model Toyota KE 30. Walapun kerja-kerja modifikasi yang sederhana ke atas KE30 ini, namun hasilnya cukup mempersonakan buat si penggemar Old Skool. 

Dengan bernadikan Enjin 4AGE BLACK TOP ianya mampu menghasilkan 160HP/162NM (SPEC ASAL) serta di gabungkan dengan sistem custom exzos steel, menjadikan jentra ini nampak lebih hebat.



11 March 2022

TIPS AUTO | KELUAR ASAP HITAM DAN ENJIN DIESEL JADI SEMPUT

Video pada kali ini ialah perkongsian mengenai Enjin Diesel yang mengalami masalah enjin semput serta mengeluarkan asap hitam. Bagi enjin diesel Standart atau tanpa ubahsuai seperti (REMAP), adalah menjadi perkara yang tidak normal sekiranya enjin tersebut menghasilkan asap hitam yang berbau minyak Diesel. Perkongsian pada kali ini juga saya akan ceritakan, bagaimana ianya mula berlaku dan apakah tanda-tanda awal masalah tersebut. 

Dapatkan Diesel Injector Cleaner Caltex Techron disini: https://shp.ee/6q6cqkp 

WHISTLING TEST COVID ini sangat mudah digunakan untuk kanak-kanak,

 Dapatkan produk ini disini sekarang: SHOPEE https://shp.ee/mqxjygh atau disini https://invol.co/cl92zt9



07 March 2022

APAKAH YANG ANDA PATUT LAKUKAN SEKIRANYA CERMIN KERETA ANDA PECAH TERKENA BATU DARI PEMOTONG RUMPUT DI TEPI JALAN?

Jika anda sedang memandu di sebatang jalan dan secara tiba-tiba terdapat batu yang melantun ke arah cermin kereta anda sehingga menyebabkan pecah akibat daripada pekerja mesin rumput di tepi jalan. Apa yang harus anda buat?

Jangan panik berhenti ke tepi, ambil gambar dan berjumpa dengan pekerja mesin rumput tersebut. Dapatkan nama penuh dan syarikat kontraktor pekerja yang membuat kerja mesin rumput itu.
Tahukah anda setiap kerja pemotongan rumput di tepi jalan mempunyai insurans? Ini kerana pihak berkuasa tempatan MEWAJIBKAN mana-mana syarikat yang ingin memasuki tender mesin rumput mesti mempunyai insurans jika berlaku kemalangan di lokasi.
Sebelum kerja pemotongan rumput boleh dijalankan, pihak syarikat hendaklah mengemukakan "Cover Note" insurans mereka kepada pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu sebagai bukti bahawa syarikat tersebut telah dilindungi oleh pihak insurans jika berlaku kemalangan.
Setelah anda mendapat nama syarikat tersebut, semak dengan pihak syarikat dimanakah bengkel kereta panel insurans syarikat terbabit? Buat laporan polis dalam tempoh 24 jam dan setelah selesai, bawa laporan polis tersebut ke bengkel panel insurans syarikat tersebut untuk mendapatkan cermin baru.
Laporan polis tersebut hendaklah menyatakan nama pemotong rumput (jika ada IC lebih baik), nama syarikat dan alamat, tarikh dan masa kejadian,serta nama jalan dan juga kawasan di mana kejadian berlaku.
Jadi selepas ini kalau berhadapan dengan kejadian seperti ini tenang dan jangan marah. Berhenti ke tepi, ambil gambar dan berjumpa dengan pekerja tersebut untuk berbincang





*****************************************************************************

Dapatkan Diesel Injector Cleaner Caltex Techron disini: https://shp.ee/6q6cqkp

WHISTLING TEST COVID ini sangat mudah digunakan untuk kanak-kanak, Dapatkan produk ini disini sekarang:
SHOPEE https://shp.ee/mqxjygh atau disini https://invol.co/cl92zt9

Kaktus Bercakap ada di SHOPEE: https://shp.ee/vh2x9id atau di sini: https://invol.co/cl8w2d3
Buat korang yang belum Subscribe channel MRZVlogs sudihkan diri untuk klik disini: https://www.youtube.com/channel/UCxXb0iFZlXspDGiEZCf0P7Q...
yang penting ianya "PERCUMA" saja
Follow juga Page FB MRZ Vlogs

CARA KERETA AUTOMATIK GEAR MENDAKI DAN MENURUNI BUKIT

Tips auto kali ini saya akan tunjukan secara pemanduan di Bukit Kimanis bagaimana Kenderaan Automatik gear dijadikan secara manual ketika mendaki dan menuruni bukit. Kebanyakan pemandu ada yang masih tidak tahu menggunakan pilihan-pilihan gear yang ada pada kereta automatik tersebut mari tonton video ini sampai habis untuk mengetahui lebih lanjut.

WHISTLING TEST COVID ini sangat mudah digunakan untuk kanak-kanak, Dapatkan produk ini disini sekarang: SHOPEE https://shp.ee/mqxjygh atau disini https://invol.co/cl92zt9

Mari tonton video ini disana saya ada tunjukkan bagaimana cara kereta automatik gear mendaki dan menuruni bukit.



06 March 2022

REZEKI ITU TIDAK AKAN SALAH ALAMAT


BETULAH REZEKI ITU TIDAK AKAN SALAH ALAMAT, BILA KITA BUAT KERJA DENGAN IKHLAS PASTI ADA YANG AKAN MENGHARGAINYA SATU HARI NANTI. TERIMA KASIH ISUZU D-Max Malaysia
*************************************************************
THE XTERRAIN: Buat korang yang suka model ini bolehlah layan video tersebut. sebanyak 4 part video berkenaan dengan Isuzu Dmax Xterrain ada disini:
Part 1: ISUZU DMAX XTERRAIN MENAWAN BUKIT KIMANIS
Link disni: https://youtu.be/qUR72R3pJvY
Part 2: CANTIK MENAWAN ISUZU DMAX XTERRAIN
Link disini: https://youtu.be/zgBi3FxHxHs
Part 3: TEKNOLOGI TERKINI ISUZU DMAX XTERRAIN
Link disini: https://youtu.be/5i7QaQsXUrs
Part 4: PENGALAMAN PEMANDUAN ISUZU DMAX XTERRAIN
Link disini: https://youtu.be/Jd3tsEU5HyE
************************************************
WHISTLING TEST COVID ini sangat mudah digunakan untuk kanak-kanak, Dapatkan produk ini disini sekarang:
SHOPEE https://shp.ee/mqxjygh atau disini https://invol.co/cl92zt9
Buat korang yang belum Subscribe channel MRZVlogs sudihkan diri untuk klik disini: https://www.youtube.com/channel/UCxXb0iFZlXspDGiEZCf0P7Q...
yang penting ianya "PERCUMA" saja
Follow juga Page FB MRZ Vlogs
https://web.facebook.com/mrzvlogs
#MRZVlogs #Follow #Youtube #SabahanYoutuber #Subscribe #IsuzuDMax



05 March 2022

ISUZU DMAX XTERRAIN MENAWAN BUKIT KIMANIS

Isuzu Dmax XTerrain ini merupakan model terbaharu dari ISUZU, kali ini saya bawakan untuk anda Isuzu Dmax XTerrain menawan Bukit Kimanis Keningau. 
Dalam video ini juga saya tunjukan bagaimana sistem ShiftTronic digunakan untuk pemanduan tersebut, dengan kuasa enjin 190HP dan 450NM serta menggunakan 6 kelajuan Isuzu Dmax XTerrain sememangnya sangat berkuasa ketika melalui kawasan Banjaran Crocker ini.




04 March 2022

APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA KERETA MENCAPAI 5 TAHUN ATAU 100K KM

Tips Auto pada kali ini saya akan kongsikan 4 perkara yang perlu anda lakukan jika usia kereta telah mencapai 5 tahun atau 100K Km. Kebanyakan di kalangan pemilik kereta terlepas pandang berkenaan dengan 4 perkara ini, dan jika 4 perkara ini mengalami masalah dan di biarkan tanpa di baiki ianya boleh membawa kepada kos selanggara yang besar di masa akan datang.



03 March 2022

TIPS AUTO | APAKAH MAKSUD SIMBOL CHECK ENGINE


Tips Auto pada kali ini saya ingin berkongsi mengenai SIMBOL CHECK ENGINE dan apakah makna simbol tersebut.

Di zaman moden ini setiap kenderaan yang di buat kebanyakannya menggunakan teknologi ECU atau dalam bahasa mudahnya sistem berkomputer. Apabila sebut pasal sistem berkumputer sudah pastinya banyak peralatan kenderaan sekarang melibatkan peralatan elektronik dan sensor, oleh yang demikian pihak jurutera kenderaan mencipta satu peranti untuk mengesan masalah yang datang dari peralatan kenderaan tersebut. Mari tonton video ini untuk mengetahui apakah fungsi lampu CHECK ENGINE ini.

Mari ikuti video ini untuk mengetahui maksud simbol tersebut



02 March 2022

PEMILIK ISUZU DMAX AT PERLU AMBIL TAHU MASALAH INI

Tips Auto kali ini saya akan kongsikan masalah yang berlaku ke atas Isuzu Dmax (Automatik Gear ) anda, rasanya ramai tidak pasti apa sebab punca gegaran ini berlaku semasa penukaran gear (JERKING). Selain itu terdapat juga ketukan " MISTERI" yang akan kedengaran ketika melalui laluan tidak rata.



PECAH RAHSIA LALUAN KM 32 JALAN KIMANIS

Sejak laluan Kimanis di buka kepada umum, cerita mengenai kawasan Graviti atau pun tarikan Magnet terus popular di kalangan masyarakat setempat dan juga dari kalangan orang luar. Pelbagai reaksi yang dapat diihat hasil pengalaman mereka yang datang berkunjung ke sana, serta ada yang membuat video untuk dijadikan kenangan. Kisah ini bermula di mana pada waktu itu seorang pemandu yang ingin berehat untuk membuang air kecil, dan beliau memberhentikan keretanya di kawasan tersebut. Mahu dijadikan cerita brake tangan (Hand Brake) kereta beliau tidak berfungsi dengan baik, dan akhinya beliau menyimpan batu pada roda bagi menghalang kereta terundur ke belakang. Tetapi apa yang terjadi kereta tersebut bergerak naik ke atas, dan akhirnya beliau membatalkan niat untuk membuang air kecil lalu bergegas untuk meneruskan perjalan. Sejak kejadian cerita tersebut terus popular di kalangan masyarakat setempat.

Saya sempat membuat sedikit analisa menggunakan GPS yang ada pada Gopro Hero 8, dan hasilnya memang sangat luar jangka dari pada cerita-cerita sebelum ini. Mari ikuti video yang saya buat ini.